Rabu, 19 Jun 2013

disebalik Keychain



salam korang
entry ni smpat aku tulis
padahal skrg ni aku dh siap2 nk balik kg
aku nk menulis ttg 
crite disebalik keychain

critenye cm ni
hri jumaat-ahad pas aku n kawan2 p Melaka
p sana sbb nk siapkan proposal master
alhamdulillah dh siap pun proposal aku

ermmmm.. 
pada hari ahad tu sblm balik ke 
bumi bertuah tg.malim
ktorg sempat la singgah kejap
kat dataran pahlawan
tempat pemes tu
hewhew

setibanya je aku di sana
aku ternampak seorg mak cik dan 3 org anak
mak cik tu jual keychain
tp bile aku p dekat ngan mak cik tu
mak cik tu simpan semua keychain n brg2 cndrahati y lain
dalam beg plastik die dlm keadaan y tergesa2 n cuak

aku terkejut.. !!
apakah y mak cik tu takutkan???
dlm masa y sama
aku tersangatlah rase sebak sbb aku terpikir pd mase tu
tindakan mak cik tu spt nk lari drp org y die sgt2 takuti
riak muka die sgt2 takut

slps tu, mak cik tu beredar drp tempat tersebut
akupun beredarlah jugak sbb x sempat nk tgk keychain y mak cik tu jual
so aku p la jenjalan ngan kengkawan y lain
mengelilingi dataran pahlawan
ktorg p kota A famosa, muzium, situ, sana, sini
muahahahaha

ok, pas dh puas berjalan2
aku patah balik ke tmpt mula2 aku smpai
sbb aku nk solat.. kat situ je y ada surau
pas solat aku keluo dr surau
terkejut aku
mak cik y aku jmpe mase mula2 td
dh ada smula kat tepi tandas tu

mak cik tu susun balik keychain n brg2 cendrahati y lain
tp kali ni dlm keadaan y bleh tersusun n teratur la
aku p smula tempat mak cik tu
*kali ni ada peluang nk tgk*
pas pilih n pilih n pilih
aku belilah 1 item drp mak cik tu

tp sblm bayar
sempat aku bertanya kepada mak cik tu
kpd die nmpak sgt2 takut mase mula2 aku p dekati die
masa aku mula2 smpai tu

mak cik tu jawab
mak cik bukan takut dgn anak
tp mak cik nampak pegawai bndaraya sedang membuat rondaan
mak cik xda lesen tok meniaga nak
sbb tu mak cik tergesa2 td
mak cik nk selamatkan barang niaga mak cik
ini je y mak cik ada tok sekolahkan anak2 mak cik
mak cik org susah

pas dgr penerangan drp mak cik tu
kantung mata aku dipenuhi air
y hanya menunggu mase tok mengalir ke pipi
dlm hati aku pulak
tiada ungkapan y bleh aku luahkan
hati aku telahpun dibanjiri dgn tangisan kesedihan

dlm masa y sama
aku trus tambah lg 2 item tok aku beli
niat aku bukanlah nk membeli sgt barang tu
tp lbh kepada "hati ke hati"
aku sgt2 memahami situasi mak cik tu
aku dulu pun bukannya anak org senang
jd nye bnda2 cm ni aku sgt2 tersentuh

Ya ALLAH swt..
ku mohon kepada-MU
kau berikanlah kekuatan kepada mak cik itu
kuatkanlah iman die
teguhkanlah jati diri die
agar die bleh membesarkan anak2 die 
dlm keadaan keredhaan-Mu Ya Allah swt

*jujur aku sebak.. :'( 



Isnin, 20 Mei 2013

izinkan aku..

"izinkan aku"

Setiap detak nafas ku
Hadirmu dapatku rasa
Bagaikan jalan hidup impian
Tiada penghalang antara kita

Umpama kisah dua merpati
Yang tidak berakhir
Kau dan aku masih terjalin

Bilakah kan kita bersama
mengecapi nikmat cinta
membina mahligai indah
Untuk kita berdua

Namun langkahku dicantas
Oleh hasrat insan yang ku sanjugi
Tiada kata yang mampu ku luah
Tidak mahu dikata derhaka

Kini berakhir segala
Tiada kudrat ku menghalang
Terpaksa relakan semua

relakan aku mengundur diri
Jalinan kita tak panjang
Hanya mampu tiba di persimpangan

Izinkan aku menyimpan
Memori kita bersama
Hanya itu yang aku ada
Untuk mengingatimu kembali




komposer : (sape2 y sudi, ambik la lagu ni)
penulis lirik : Farid Yet Naza
penyanyi : ..............................


Sabtu, 11 Mei 2013

hai guys!! salam semua :)


"salam semua by Sleeq ft Aaron Aziz"

hai peeps!!
dikala aku dilanda dugaan sakit ketika ini
ttb aku terdetik tok search lagu ni dalam youtube
lst time aku dgr lagu ni
hati aku dh terpaut..
bukan sbb Aaron Aziz ye
tp sebab lirik lagu ni y
penuh dgn makne dan keazaman
hahahahhahahaha

pada y berjiwa seni dalam mengarang lagu
xkirelah y expert or beginer cm aku
sure hati korng akan tersentuh dengan lirik lagu ni
papepun..
jom layan lagu ni
:)







Rabu, 24 April 2013

song maafkan aku


~maafkan aku~

ku singkap tingkahku
tak terbilang khilaf
yang telah kulakukan padamu

kau sungguh indah
tak layak untukku
yang daif ini
dari setiap arah

ku pohon ampun
ikhlas darimu
maafkan aku
tak terbalas budi jasamu
hanya tuhan bisa balas

halalkan segala
sepanjang perhubungan kita
sungguh sukar
tapi itulah hendak-Nya

*chorus
kau 
insan teristimewa
pergilah kau bersama yang berhak
lupakan aku
tinggalkan aku
sesungguhnya kita 
tak ditakdirkan bersama


komposer : (sape sudi ambik lagu ni, ambik la)
penulis lirik : farid yet naza
penyayi : .....................................................



Sabtu, 20 April 2013

ceritaku


Hafiz : Bahagiamu Deritaku

salam kawan2
korang familiar x ngan lagu ni??
kalo korng tnye aku
aku akan jawab
"tak familiarpun tp aku dh siap hafal"
hahahahha

sebenarnya,
1st time aku dgr lagu ni
hati aku dh luluh bercampur retak
bait demi bait lirik lagu ni
mmg bg tanparan hebat buat aku

kisah aku x jauh bezanya drp kisah dlm lagu ni
ttg percintaan dulu y x declair
then aku smbung study n ttb dh xcontect
bile cri balik, gurl tu dh pregnant
*dlm kes aku, gurl tu dh ada anak n prgnnt anak kedua*
hurmmmmm... 
kenapa mcm sme je ngan kisah aku ni??
penulis lirik lagu ni cm curi kisah hidup aku je
kuikuikui

sejak dua menjak ni
aku slalu la terserempak ngan die coz aku rajin tlg mak aku
n die dh ada bisnez sndr ngan suami die
tiap kali aku bersembang ngan die
bergurau ngan die
x ubah seperti mase zaman ktorg malu2 kucing dulu

aku tgk mata die mcm penuh pengharapan
tiap kali aku prasan
aku akan tamatkan perbualan
aku kene trime kenyataan
n die pun kene trime kenyataan
y die dh jd isteri org
n die dh pun jd mak org
*mungkin aku je kot y pk lebih2*
hurmmmm

tiap kali aku bermain2 ngan anak die
mulut aku ringan je nk suruh budak tu panggil aku papa
#Ya Allah swt.. knp ngan aku nih??
tp nasib baik aku lekas sedar diri
so aku bahasakan diri aku
"pak cik"

andai kata la
kalo aku x smbung study 
n die x buat perkara terlarang tu
aku rse, mungkin kami bersama
lagipun bapak die mmg nk aku jd menantu die
*ok, ni koya*
hahahhahaha
tp sirius... mmg kenyataan

so, what about now??
aku kene trime KENYATAAN !!!
kene bataskan pergaulan aku ngan die
kalo bini aku sndr pun
aku x suke kalo terlalu rapat ngan lelaki lain
lebih2 lg kalo ada kisah silam bersama
*xsangka aku ni jenis cemburu jugak*
hahahahhahaa

nk rapat ngan anak die, OK !!
nk rapat ngan die,  TAK OK !!!

kalo korng nk lebih paham kisah aku ni
rajin2 la dgr lagu terbaru hafiz ni
dgr dan hayati
kalo kisah kite sama
pasti akan ada titisan2 y mengalir dr mata
*pergghhhhh !!
hahahahhaa

k lah guys
ini aje kisah y aku nk share ngan korng buat mase ni
hope xda pihak y berkecil hati
kisah ini xda kaitan ngan perjuangan y aku hadapi skrg
ianya hanyalah selingan hidup aku

~faridyetnaza~






Rabu, 17 April 2013

Solat Sunat Istikharah



Apabila kita susah atau dalam dilema dalam melakukan sesuatu keputusan , adakah ianya akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada diri, seharusnya kita berserah kepada Allah untuk menentukan baik buruk sesuatu itu kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hambanya. Pohonlah petunjuk kepada Allah supaya memberikan ilham dan petunjuk kepada hambanya untuk membuat keputusan terbaik.

Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


*terima kasih kepada sumber :)

Isnin, 8 April 2013

awak.. maapkan saya


awak.. maapkan saya
xberniat nk lukakan hati awak
saya cuba untuk bersikap jujur
sume ni demi kebaikkan kite juga

setiap ape y saya tegur tu
mmg sy nk awak ubah
sebetulnya
sy xnak awak ubah sebab sy
sy nk awak ubah sbb Allah swt

mmg betul kate org
kalo dh sebati mmg susah nk ubah
tp cekalkan hati
insyaALLAH awak boleh

bendanya simple aje
boleh ubah bile2 mase
sumenye bermula drp hati
kukuh hati, tegaklah perjalananya

*forgive me for once again 

Khamis, 28 Mac 2013

assalamualaikum :)


assalamualaikum
as usual la
coretan aku hnya ada satu gambar saje
mls nk upload bnyak2
hahahhaha

sbnrnye terlalu bnyak crite y aku nk share
tiap masa, tiap ketika
tp mood nk update blog cm xde
aku lbh bnyak mase tok bertwitter
(follow aku @faridyetnaza)
kuikuikuikui

ok
hari ni aku just nk share
bahawasenye, kini aku lebih tenang
walaupun banyak dugaan dan halangan y aku tempuhi
tp setiap darinya aku dpt selesaikan dgn tenang
alhamdulillah
ini mungkin berkat doa y aku pohon drp maha pencipta
doa aku dimakbulkan

skrg
aku trase tenang, gembira, dan sentiasa positive
aku bersyukur kerana
Allah swt mengutuskan org2 y beriman tok bersama2 aku
aku ada family
aku ada kawan
aku ada ape y org lain ada (keperluan)

tabiat buruk aku y dulu2
makin terkakis dr dlm diri aku
mungkin dh ada petanda untuk aku berjuang dlm alam y lebih mencabar kot
*cheeewahhhh !!!!

td aku keluo makan ngan bff aku
atep n raihan
ttb dlm perbualan tu
slh seorg bertanyakan satu soalan y membuatkan aku pk pnjng
*ko bile nk kawin*
OMG !!!!!
dalaman aku tidak kukuh lg
so, aku blom bersedia untuk menanggung tanggungjawab tu lg
InsyaAllah, korng dulu kot
hahahhahahaa

tq guys coz telah bnyak mengajar aku erti hidup
aku bersyukur coz korng jd kawan aku
n korng jugaklah y telah berjaya menjadikan aku manusia positive cm skrg
now aku sdng persiapkan diri untuk ke"arah" itu
jgn tgl kan aku k
kalo korng tgl kan aku, siap korng aku kerjakan
hahahhaha

so, kat sini
aku nk sarankan
always be positve
mmg kekadang kite x mampu
tp sekurang2nye 
kite cube terlebih dahulu
:)

*p/s : baju merah dlm gmbr kat atas tu adalah raihan tp y bertudung tu bukan ATEP ye !! sile jgn slh paham.. 



Rabu, 6 Mac 2013

stressssss !!!!!!!


arggghhhh !!!!!!!
stressssss!!!!!!
hahahahhahaha
stress lah sangatkan..

sebenarnya aku just nk share
penemuan terbaru dalam diri aku
APAKAH???

hahahahaha
kalo dulu, kalo stress je mesti aku drive laju2 kat highway
tp skarng dh jadi lain
kalo stress aku akan tdow, tdow n tdow sepuas2nya

kalo dulu
bahayanya aku mungkin bleh excident n mati
tp skrg bahayanya pipi aku makin mengembang
cam belon y ditiup
*bayangkannnnnnn

kakakakakaka
tp aku rse better aku amalkan terapi stress ngan cara skrg
biarlah nk kembng camanepun
aku dh mula belajar tok hargai ibubapa aku
hargai diri sndr
hargai org sekeliling
hargai org y aku syg
n hargai org y syg aku

papepun, 
setiap org mesti ada cara y tersendiri
so just respect to our self
n be mature 
from day to day

peace yooooo !!!!

Selasa, 5 Mac 2013

dimanakah kawan2 aku??



assalamualikum sume
skrg jam dh hmpir jam 340 am
n as usual aku masih blom bleh tdow

disebabkan aku xbleh tdow
aku layan youtube je
berjam2 aku layan
layan punye layan
terkeluarlah lagu2 drp kump WESTLIFE

sebuah kump y aku n kawan2 tergila2kan
mase darjah 6 dulu
mase tu budak2 lagikan
siap hafal bagai
huhuhuhuhu...
tp ktorg mmg #DieHardFans mase tu

dalam keasyikan aku melayan westlife tu
ttb hati aku mnjd tersangat2 sebak
aku kembali teringat kawan2 sekolah rendah aku
ape dh jd pd diorg ek??
aku tertanya2

adakah diorg seperti aku??
masuk mane2 IPTA or IPTS??
adakah diorg dh mempunyai kerjaya masing2??
or adakah diorg masih lg berada di takuk y lama??

YA ALLAH swt
dimanakah kawan2 aku
sejak hbs darjah 6
sorng demi sorng aku kehilangan
ada y xsmbung sekolah menengah
ada y sambung

y sambung tu plop
ramai y smbung sekolah lain. so makin berkurangan
then bile aku masuk form 6
hnya beberapa org sje y join
terasa kehilangan lg..
hurmmmm

n now aku di UPSI
xda seorgpun kawan sekolah rendah aku y bersama2 aku
langsung xda
hnya aku seorg disini

DIMANAKAH KAWAN2 AKU????
T_T

Ahad, 3 Mac 2013

PERLIS-->TM-->KAWAN2


hai semua kesayangan
now dh jam 422am
tp aku masih gigih mengadap laptop

sebenarnya aku bru je balik drp PERLIS
ada program KOSISWA with ANGKASA kat sana
program y bg aku bnyak informasi
tetapi sedikit suram kerana pemilihan hotel y kurang memuaskan

program tu berlangsung selama 2 hari
sabtu n ahad
ok, pas hbs program ktrog trus p padang besar
as usual lah aku PASTI akan beli jaket
im jaket lover

dlm jam 6 ptg bru bertolak balik Tg.Malim
smpai Tg.Malim dlm jam 12++ am
penat tu mmg la penat
tp aku gagahkan diri tok p gerai jualan kami di KAB

smpai je gerai
ttb kepenatan aku tu hilang sbb dpt jumpe kawan2
trase hilang sekejap segala bebanan aku
aku sygkan kawan2 aku

ok, pas siap2 kemas
aku kire duit n bahagikan untong
ALHAMDULILLAH
ada rezeki buat kami semua

pas siap2, ktorg p makan kat mamak
lepak punye lepak dah hmpir jam 3
then balik rumah

setibanya di rumah
hosmet ckp rumah dah ada ternet
so aku melayari ternet smpai la skrg
smbil update blog ni
lgpun dh lame sgt aku x update kan..
kuikuikui

ok lah kawan2
salam sayang buat semua
bye2

lagu peneman aku