Selasa, 1 November 2011

sahabat T_T


mata....
pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
hingga membuatkan hati sahabatku terasa?

lidah...
adakah kau tersalah bicara
hingga membuatkan hati sahabatku terluka?

hati...
betulkah kau berburuk sangka
hingga membuatkan hati sahabatku kecewa?

tahukah kamu
diantara ramai sahabatku
kamu yang paling isttimewa
tidak pernah terlintas dimintaku untuk menyakitimu
apatah lagi untuk melukakanmu

lantas
mengapa kini kau mula berubah sikap
jarang bertegur sapa denganku
jarang mahu berbicara denganku
adakah kamu sudah tidak mahu berbicara denganku?
adakah kamu sudah tidak memperdulikan aku lagi?

mengapa wahai sahabat?
tahukah kamu hatiku merana dengan perbuatan sikapmu?
hiba dengan kelakuanmu?
jangan kamu berdiam diri tanda memprotesku
terangkan tentang salahku
moga aku tahu tentang silapku

sahabat
andai kamu masih dengan sikapmu itu
aku redho
mungkin salahku besar bagimu
namum ketahuilah
aku pohon
agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkan aku
dan kembali bergelak tawa denganku
seperti masa-masa dahulu

T_T



2 ulasan: